CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 23, 2008

Santai-santai Kijang

Salam alaik & salam muhibbah
.
Awalnya, nak post entry ni dan gambar2 semalam, lepas usai majlis. Tapi, tup-tup hotspot buat hal sekejap. Blog tak boleh nak buka.. Tertangguh sampai petang. At least, selamat jugak entry ni keluar hari ini... Hehehe...
.
Seperti yang dah dimaklumkan semalam.. Malam Bersama Felo aka Santai-santai Kijang telah di adakan. Alhamdulillah fi kulli hal sebab majlis berjalan dengan baik. Ada kekurangan, pihak organisasi menghulurkan maaf kerana semua yang baik tu datang dari Allah dan segala yang buruk dari kam sendiri. Inilah program pertama, kata orang aktiviti pembuka kepada segala aktiviti2 blok Kijang. Dan organisasi terdiri daripada warga blok second year. Tahniah lah pada korang semua ya..!
.
Petang semalam, dalam sekitar pukul 3 lebih (petang), dah start untuk bakar ayam. Nak hidupkan api dulu, ada bara, baru boleh nak bakar. Awal2 bakar, uish.. banyak yang hitam. Hehehe.. tak ada yang berpengalaman bab-bab bakar ayam ni. Lepas tu, barulah kurang sikit hitam ayam tu. Hehehe...
.
Ni sekadar info je lah, mane tahu kot-kot nanti ada yang nak buat BBQ ni, bolehlah tempah kat Wak Jem. Hehehe... Free promotion ni. Selain bakar ayam, ada hotdog. Lain, nasi goreng dengan tembikai. Air sanquick. Tu la menu malam semalam. Apa-apa pun, kenyanglah sampai semua dah tak bising lepas dapat makan. ^_* Hehehe...
.
Plan asal nak buat majlis ni kat Medan Kijang, alih2 disebabkan hujan waktu petang sejak akhir2 ni, terpaksa diangkat semula meja-meja dan kerusi2 kat bahagian depan Raudhatul Ulum (RU~bilik bacaan blok Kijang).. warga blok pulak duduk kat bawah garaj. Nasib baik, hujan petang dan malam tu, rintik-rintik (tak berapa lebat).. sekurang-kurangnya tak bagi banyak masalah pada organisasi.. Sebab tu perlunya plan B, lebih2 lagi kalau majlis yang open-air ni..
.
Kalau dah buat majlis macam ni, confirm Felo pun join sama. Awal majlis, di buka dengan ucapan dari En. Fairulnizam selaku Felo blok Kijang. Banyak perkara & nasihat yang beliau beri. Sebelum itu jg, ada ucapan dari Pengerusi blok Kijang, Kak Rizq.
.
Notis dah awal-awal tampal kat board, pasal setiap warga blok wajib bawa hadiah setiap seorang. Sekadar untuk memeriahkan majlis dan sekurang-kurangnya, ada juga sesi menukar hadiah. Penukaran hadiah ni di bahagi kepada dua sesi. Sesi pertama, En. Fairul yang menyampaikan hadiah2 tu kepada warga blok yang mencabut nombor masing-masing. Sesi kedua, turn Kak Rizq. Memang meriah jg la. Sebab ada hadiah yang keciiik sgt, ade yang besaaaarr tapi ringan... Hehe.. sampai En. Fairul acah nak lambung kotak tu..
.
Tema pakaian adalah warna merah, merah jambu(pink) dan ungu. Wah, warga blok Kijang nampak ayu-ayu semuanya. Ada tu, dari tudung sampai kain warna pink. Memang mengikut tema.
.
Persembahan dari adik-adik junior ada juga. Sebenarnya, antara tujuan malam ni di adakan, salah satunya adalah untuk memperkenalkan Felo kepada junior dan malam kemuncak untuk junior sendiri. Walaupun, orientasi dah tak dibenarkan dilakukan di blok, tapi usaha JPK bersama warga blok untuk memberi pendedahan tentang blok Kijang kepada junior dibuat jg dengan aktiviti-aktiviti yang mengeratkan silaturrahim. Alhamdulillah, mereka (adik-adik junior) beri komitmen dan kerjasama yang baik.
.
Besar harapan JPK dan senior2 untuk lihat adik-adik, khususnya second year dan junior2 untuk memberikan sokongan padu pada setiap aktiviti blok. Malah, untuk naikkan nama blok semestinya support mereka di perlukan. InsyaAllah, doakanlah blok Kijang dan warganya lebih cemerlang untuk akan datang. wassalam...

"Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam"

++++++++++++++++++++++++++++
~ALBUM GAMBAR SANTAI-SANTAI KIJANG~

ayam yang diperap ~ before bakar

sosej yang dah siap potong

warga blok yang turun ~sama2 bakar ayam

PB blok join sama juga...walaupun baru balik kelas..

..lapar la pulak..

warga blok susun kerusi kat Medan Kijang

awal-awal bakar, hitam sket..hehehe..

PA Sistem yang dipinjam dari pihak pengurusan

junior yg turut bantu

"dah masak ke belum ni..?"

sesi pindah memindah ayam dari tray besi ke kotak polystrene

ai, ais pun dah nak mencair..

sesi potong-memotong sosej2..

uish..bestnye..bara merah lagi tu..

wajah ceria dari warga blok Kijang

ucapan dari En. Fairul

koleksi hadiah2 dari warga blok

warga blok ambil tempat duduk..

adik-adik junior tgah praktis utk persembahan

dah siap makan dah ni..

tgok persembahan junior

persembahan dari adik-adik jnior blok Kijang

++++++++++++++++++++++++++++

0 comments: