CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 22, 2008

Hari ini hujan...


Assalamualaikum wbt...

Agak lama entry baru tak ada untuk blog blok Kijang ni. Alhamdulillah, minggu Test 1 dah berlalu. Sekarang mungkin masing-masing menanti result Test 1. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang seiring dengan usaha yg dilakukan. Pada mereka yang kurang cemerlang, usaha lagi untuk exam yang akan datang. InsyaAllah...
Kepada alumni blok Kijang, terima kasih kerana sudi datang melawat rumah ini yang tak bertiang di alam maya ni. Semoga kunjungan akak2 dapat mengubat rindu kepada Kijang. Hehe.. Jangan lupa, promote sekali kewujudan blog ni.
Malam ini, akan di adakan Malam Bersama Felo bertempat di Medan Kijang. Gerak kerja sudah dimulakan. Tapi nampak gayanya, macam perlu guna plan B sebab hujan mula turun. Doa-doalah semoga hujan akan berhenti, memudahkan perjalanan program malam ni.
"Sucikanlah empat perkara dengan empat perkara. Wajahmu dengan linangan air
mata keinsafan. Lidahmu basah dengan berzikir kepada PenciptaMu. Hatimu takut
dan gementar kehebatan RabbuMu dan Dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu."
Wassalam..

0 comments: