CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 26, 2008

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Kijangians b'shopping
shopping lg
warga Kijang
shopping lg


megi cup pun ade..


salesgirls..hihi


sandwich! sandwich!


apabila warga Kijang memenuhi ruang..


aii..xkan ni je blok Pelanduk nye
jualan blok Rusa
jualan blok Rusa lg
khusyuk menonton '1957 Hati Malaya'
jagung manis

kuah jagung manis yg dikatekan best itu..





Tayangan Filem 1957 Hati Malaya

25 Ogos 2008

8.00 malam

Medan Harapan KOSASS (b'pindah ke Dewan Jauhari..hujan..)


Satu tayangan filem sempena hari kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi telah diadakan semalam bertempat di Dewan Jauhari (DJ)[sepatutnya di Medan Harapan tapi hujan turun..Alhamdulillah..dapat juga warga KOSASS yang belum menjengah ke DJ merasa kedinginan air-cond baru..haha..lebih baik tonton filem kt DJ dari duduk atas rumput kat Medan Harapan tu..]


kami warga blok Kijang berpakaian serba hijau [t-shirt baru blok Kijang..petang tu baru dapat then malam tu terus pakai] tiba awal di DJ [lebih kurang pukul 8.30 mlm]..ish..pelik juga sbb xde warga blok lain pun yg dtg lg..mula2 ingatkan sampai lambat [spttnye start 8 mlm] rupanya kami la yg paling awal..huhu..


b4 tayangan bermula warga Kijang beramai-ramai membantu 'menyetup' kan meja gerai jualan..setiap blok m'punyai gerai jualan masing2..blok Kijang jual macam2..keropok lekor [bulat2 keropok nye..unik sungguh], jagung manis [wah..ada budak blok lain puji jagung manis keluaran blok Kijang..siap tanya resepi lagi.."camne korg wat die punye 'kuah' tu ek? sedap weh x mcm kt pasar", puji slh sorg budak blok Seladang.. ^_^], megi cup [laku gak menatang ni..ternyate dak KOSASS mmg ske megi..tihihi], roti sandwich, n bermacam2 lg la..blok Rusa pula jual popcorn [wa..murah2 saje..], ayam goreng, roti piza, kek..blok Pelanduk - nugget, sosej..then blok Seladang kot, yg jual minuman pelbagai jenis [ntahla..saya kurang pasti..masa tu da dok m'hadap skrin..] blok Napuh- ? [not sure sbb tetiba je mereka muncul beramai-ramai time tayangan da b'mula..]


filem 1957 Hati Malaya ni mmg best..walaupun ada yg komplen, "ee..ape ni x fhm la cite die..yg ni watak ape? yg tu watak pe?" tp rasanya mesej kemerdekaan tu dpt disampaikan kepada penonton dgn baik..sbb..ada penonton yg menangis T_T especially part Tunku Abdul Rahman meminta sedikit sumbangan untuk mereka pergi ke London..mmg sgt m'harukan..and satu part lg bila pengisytiharan kemerdekaan dibuat..T_T meremang bulu roma..huhu..kalau part sedih ada, part lawak pun mestilah ada.. watak yg dibawa oleh Douglas Lim [zaman moden nye..lupa la nama nye dlm filem itu..] agk kelakar ..pemejalwapan la..kereta sponsor la..haha :D . Tapi time tgh syok2 warga KOSASS menonton filem tu..tetibe ada kerosakan teknikal lak..la..da la part penting tu, boleh pula buat hal..ada yg tertanya2 "la..cd pirate ke ni?" wallahualam..


Apapun, akhirnya filem ini berjaya kami tonton hingga habis..congrats Shuhaimi Baba kerana berjaya m'buat filem yg mampu menarik golongan muda dtg menonton..n tahniah juga kepda warga blok Kijang yg berjaya m'hadirkan diri malam tadi.. hihi..

Saturday, August 23, 2008

Santai-santai Kijang

Salam alaik & salam muhibbah
.
Awalnya, nak post entry ni dan gambar2 semalam, lepas usai majlis. Tapi, tup-tup hotspot buat hal sekejap. Blog tak boleh nak buka.. Tertangguh sampai petang. At least, selamat jugak entry ni keluar hari ini... Hehehe...
.
Seperti yang dah dimaklumkan semalam.. Malam Bersama Felo aka Santai-santai Kijang telah di adakan. Alhamdulillah fi kulli hal sebab majlis berjalan dengan baik. Ada kekurangan, pihak organisasi menghulurkan maaf kerana semua yang baik tu datang dari Allah dan segala yang buruk dari kam sendiri. Inilah program pertama, kata orang aktiviti pembuka kepada segala aktiviti2 blok Kijang. Dan organisasi terdiri daripada warga blok second year. Tahniah lah pada korang semua ya..!
.
Petang semalam, dalam sekitar pukul 3 lebih (petang), dah start untuk bakar ayam. Nak hidupkan api dulu, ada bara, baru boleh nak bakar. Awal2 bakar, uish.. banyak yang hitam. Hehehe.. tak ada yang berpengalaman bab-bab bakar ayam ni. Lepas tu, barulah kurang sikit hitam ayam tu. Hehehe...
.
Ni sekadar info je lah, mane tahu kot-kot nanti ada yang nak buat BBQ ni, bolehlah tempah kat Wak Jem. Hehehe... Free promotion ni. Selain bakar ayam, ada hotdog. Lain, nasi goreng dengan tembikai. Air sanquick. Tu la menu malam semalam. Apa-apa pun, kenyanglah sampai semua dah tak bising lepas dapat makan. ^_* Hehehe...
.
Plan asal nak buat majlis ni kat Medan Kijang, alih2 disebabkan hujan waktu petang sejak akhir2 ni, terpaksa diangkat semula meja-meja dan kerusi2 kat bahagian depan Raudhatul Ulum (RU~bilik bacaan blok Kijang).. warga blok pulak duduk kat bawah garaj. Nasib baik, hujan petang dan malam tu, rintik-rintik (tak berapa lebat).. sekurang-kurangnya tak bagi banyak masalah pada organisasi.. Sebab tu perlunya plan B, lebih2 lagi kalau majlis yang open-air ni..
.
Kalau dah buat majlis macam ni, confirm Felo pun join sama. Awal majlis, di buka dengan ucapan dari En. Fairulnizam selaku Felo blok Kijang. Banyak perkara & nasihat yang beliau beri. Sebelum itu jg, ada ucapan dari Pengerusi blok Kijang, Kak Rizq.
.
Notis dah awal-awal tampal kat board, pasal setiap warga blok wajib bawa hadiah setiap seorang. Sekadar untuk memeriahkan majlis dan sekurang-kurangnya, ada juga sesi menukar hadiah. Penukaran hadiah ni di bahagi kepada dua sesi. Sesi pertama, En. Fairul yang menyampaikan hadiah2 tu kepada warga blok yang mencabut nombor masing-masing. Sesi kedua, turn Kak Rizq. Memang meriah jg la. Sebab ada hadiah yang keciiik sgt, ade yang besaaaarr tapi ringan... Hehe.. sampai En. Fairul acah nak lambung kotak tu..
.
Tema pakaian adalah warna merah, merah jambu(pink) dan ungu. Wah, warga blok Kijang nampak ayu-ayu semuanya. Ada tu, dari tudung sampai kain warna pink. Memang mengikut tema.
.
Persembahan dari adik-adik junior ada juga. Sebenarnya, antara tujuan malam ni di adakan, salah satunya adalah untuk memperkenalkan Felo kepada junior dan malam kemuncak untuk junior sendiri. Walaupun, orientasi dah tak dibenarkan dilakukan di blok, tapi usaha JPK bersama warga blok untuk memberi pendedahan tentang blok Kijang kepada junior dibuat jg dengan aktiviti-aktiviti yang mengeratkan silaturrahim. Alhamdulillah, mereka (adik-adik junior) beri komitmen dan kerjasama yang baik.
.
Besar harapan JPK dan senior2 untuk lihat adik-adik, khususnya second year dan junior2 untuk memberikan sokongan padu pada setiap aktiviti blok. Malah, untuk naikkan nama blok semestinya support mereka di perlukan. InsyaAllah, doakanlah blok Kijang dan warganya lebih cemerlang untuk akan datang. wassalam...

"Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam"

++++++++++++++++++++++++++++
~ALBUM GAMBAR SANTAI-SANTAI KIJANG~

ayam yang diperap ~ before bakar

sosej yang dah siap potong

warga blok yang turun ~sama2 bakar ayam

PB blok join sama juga...walaupun baru balik kelas..

..lapar la pulak..

warga blok susun kerusi kat Medan Kijang

awal-awal bakar, hitam sket..hehehe..

PA Sistem yang dipinjam dari pihak pengurusan

junior yg turut bantu

"dah masak ke belum ni..?"

sesi pindah memindah ayam dari tray besi ke kotak polystrene

ai, ais pun dah nak mencair..

sesi potong-memotong sosej2..

uish..bestnye..bara merah lagi tu..

wajah ceria dari warga blok Kijang

ucapan dari En. Fairul

koleksi hadiah2 dari warga blok

warga blok ambil tempat duduk..

adik-adik junior tgah praktis utk persembahan

dah siap makan dah ni..

tgok persembahan junior

persembahan dari adik-adik jnior blok Kijang

++++++++++++++++++++++++++++

Friday, August 22, 2008

Hari ini hujan...


Assalamualaikum wbt...

Agak lama entry baru tak ada untuk blog blok Kijang ni. Alhamdulillah, minggu Test 1 dah berlalu. Sekarang mungkin masing-masing menanti result Test 1. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang seiring dengan usaha yg dilakukan. Pada mereka yang kurang cemerlang, usaha lagi untuk exam yang akan datang. InsyaAllah...
Kepada alumni blok Kijang, terima kasih kerana sudi datang melawat rumah ini yang tak bertiang di alam maya ni. Semoga kunjungan akak2 dapat mengubat rindu kepada Kijang. Hehe.. Jangan lupa, promote sekali kewujudan blog ni.
Malam ini, akan di adakan Malam Bersama Felo bertempat di Medan Kijang. Gerak kerja sudah dimulakan. Tapi nampak gayanya, macam perlu guna plan B sebab hujan mula turun. Doa-doalah semoga hujan akan berhenti, memudahkan perjalanan program malam ni.
"Sucikanlah empat perkara dengan empat perkara. Wajahmu dengan linangan air
mata keinsafan. Lidahmu basah dengan berzikir kepada PenciptaMu. Hatimu takut
dan gementar kehebatan RabbuMu dan Dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu."
Wassalam..

Monday, August 4, 2008

Syyyhhhh...Silent Zone...


Sekretariat Akademik blok Kijang telah mula menjalankan tugasnya dgn melancarkan (hehe..) aktiviti2nya dgn menampal notis2 di setiap board, setiap aras utk mengumumkan waktu “ Silent Zone ”. Bermula tarikh 2 Ogos sehingga 17 Ogos 2008, dan waktunya 10 malam sampai 6 pagi keesokan harinya. So, dilarang membuat sebarang suasana bising waktu tu. Ni bukan saja2 buat, ni disebabkan test 1 utk semester pertama 2008 / 2009 tlh bermula. So, warga blok Kijang, alert... beri kerjasama ye.. good luck warga blok Kijang. Mantapkan result, nanti boleh naikkan nama blok Kijang setanding ngan visi dan misi blok… kat bawah ni, gambar2 yg merakamkan suasana “Silent Zone” yg dijalankan.. hehe.. syhhh… study.. study…


RN pun sunyi.. sepi tanpa warga blok yg biasanya tengok tv time ni.. hehe

Biasa ada je org yg lepak2 kat kerusi bawah.. tp malam ni, semua kat bilik...TGV..TGV..

Saturday, August 2, 2008

Sukan Jubli Perak

Ahad ~ 27 Julai 2008
Bertempat di dataran belakang blok Napuh
Masa ~ 8.00 pagi - 10.30 pagi

isi air dalam botol









Pameran setiap blok

Pameran KOSASS
Pameran blok Kijang

Pameran blok Rusa
Pameran blok Napuh
Pameran blok Seladang
Pameran blok Pelanduk