CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 12, 2009

Api! Api! Selamatkan diri!!!! wargh!! rescue us!!

salam..
*pukul 3.25pagi*
>>KRINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!! deringan loceng kedengaran kuat sekaligus mengejutkan warga blok Kijang dari tidur yg lena + mimpi-mimpi indah. Huh? nape tetibe ade loceng berbunyi ni? jeng jeng jeng..sebenarnya malam ni, emm.. awal pagi ni ada fire drill..
>>Fire drill yg dianjurkan oleh MTM KOSASS ini julung-julung kalinya diadakan [bakal menjadi event tahunan] utk melatih warga kolej untuk menghadapi sebarang situasi berbahaya terutamanya kebakaran.
>>Selepas loceng berbunyi semua warga blok Kijang dikehendaki berkumpul di tempat yg ditetapkan [kt mana lg, Dataran Kijang la..] di mana kehadiran mereka di ambil [utk make sure kot2 ada yg t'tggl ke, yg t'tdo lg ke, or yg malas turun buat2 tido mati kt bilik [ jaga korg sape yg tido tu nnt kalau berlaku betul2, ada yg rentung]
>>Pasukan Bomba dan Penyelamat Sri Serdang + Ambulans [maybe dr Pusat Kesihatan UPM] turut datang memberikan bantuan. Kelibat 'abang' bomba dtg memeriksa setiap blok dan menyembur air pada tempat kebakaran [haha macam ada yg terbakar td]

warga kolej berpusu-pusu bergerak ke belakang Napuh

>>Pengetua KOSASS dan beberapa org staff KOSASS turut sama menjayakan fire drill ini.
>>Fire drill tamat lebih kurang pukul 4.15pagi td.

***bloggers sempat menemubual beberapa org pelajar perempuan dan bertanyakan reaksi mereka mengenai fire drill ini ~
"Saya ngantuk la kak, malas nak turun sebenarnya tp kena turun jugak", kata seorg junior blok Kijang yg saya lihat berseluar tidur warna merah jambu [haha]
"Mula-mula aq tdo da pas kawad td, pastu bile terjage kol 2pg td, trus pakai baju siap2 nnt senang nk bgn bile fire drill nnt. then smbg tdo blk smpi la loceng tu berbunyi", ujar Zila, dr blok Rusa.
"Akak tgh tido la ni, tibe2 bunyi loceng lak..huhu.." , bakal cikgu Kimia.
"Dah tua2 macam ni pun ada fire drill lg..igt time skola je ada" ~ huhu, perkara macam ni mana la dapat dijangka, kena sentiasa bersedia dik oii
***bloggers juga mendapati ramai pelajar kelihatan letih [atau mungkin tidak berpuas hati sebab tidur terganggu, entahla]

>>Akhir kata, tahniah kepada semua warga kolej especially warga blok Kijang kerana memberikan kerjasama dalam menjayakan fire drill ini. [eventhough pengetua cakap warga Kijang x cukup org]..

warga kolej sedang mendengar taklimat dr pengetua KOSASS

0 comments: