CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 30, 2008

Senarai JPK

JENTERA PENGGERAK BLOK KIJANG

Sesi 2008 / 2009



Felo


En. Fairulnizam bin Ismail




Pengerusi


Rizq Farhanni Abdul Raes




Timbalan Pengerusi


Nur Zahidah Mukhtar




Setiausaha


Nazreen Waeleh




Naib Setiausaha


PKK Nur Shahida Abdul Aziz




Bendahari


Nur Aizurin Mohd. Ali




Ketua Aras Buaian Balqis


PKW Nur Syazwani Izyan Ayub




Ketua Aras Tatih Mahsuri


PKW Nor Aiesham Ahmad




Ketua Aras Simpuhan Teja


Lt. M Bazilah Jalil




Ketua Aras Ayunan Mashitah


PKW Noor Hidayah Muhad Shah




Akademik


PKK Teoh Anny




Alumni


Nurul Hanis Ngaa




Kerohanian & Perpaduan


PKW Syuhada Abu Bakar




Kerohanian & Perpaduan


Yeoh Lian Choon




Sukan, Rekreasi & Rakan Muda

PKW Nurol Asikin Azmi


Kebudayaan & Keseniaan

PKW Zakiah Mohamed


Perhubungan Awam & Pengantarabangsaan

Sharifah Maryam Lukman


Keusahawanan

Siti Nur Amirah Adilah Zainal Abidin


Kerjaya

Nor Apiza Mustapa


ICT

Nurul Najmi Alias


Kebajikan & Perkhidmatan

PKK Norhidayah Rahim

~ boOth Kijang ~

Salam..

Sambutan Jubli Perak bermula 24hb Julai sampai 27 hb Julai 2008, rasanya dah dapat publisiti meluas tentang tu. Sy bukanlah nak bercerita panjang lebar mengenai program2 yg ada sepanjang sambutan Jubli Perak, tp nak berkongsi komitmen2 yang telah diberi oleh warga blok Kijang. Sepanjang sambutan ulang tahun yg ke-2 KOSASS ni, banyak pameran (gerai) yang ada termasuklah pameran setiap blok yg ada kt KOSASS ni. Blok Kijang tak ketinggalan buat booth. Alhamdulillah, kerjasama dr warga blok Kijang yg di beri, berjaya untuk memberikan pameran yg baik. Terutamanya komitmen2 dr JPK untuk handle.

Hari Jumaat(25hb Julai), Yg Bhg Prof. Dr. Azali bin Mohamed datang untuk merasmikan pamera2 yg ada kat situ. Dan sempat jg beliau singgah ke pameran blok Kijang. Sekurang2nya, beliau tahulah jg yang warga blok Kijang ni mantap2 semuanya..hehe...

Kalau tengok pada gambar kat atas ni, segala piala2 dan anugerah2 yg blok Kijang pernah raih, semuanya di bawa turun untuk dipamerkan. Tak ketinggalan jg, frame2 lama yg ada gambar2 JPK batch yang lepas2 dipamerkan sekali. Nak story kt sini pasal apa yg ada kt booth Kijang mmg tak habis. So, layan je lah tengok gambar2 kat bawah ni... zasss....

ni bahagian utama, tempat pameran piala2, lagu blok Kijang, gambar2 warga blok Kijang mengikut aras(sumber:dari wakil setiap aras), logo blok Kijang digabung dgn logo Jubli Perak(arahan pihak atas suruh gabungkan), dan yang paling tepi(warna kuning) senarai aktiviti2 yang berjaya dijalankan dalam blok Kijang termasuklah KIK, MAK dll.

ni pulak, sudut ruang rehat. konon2 sape2 yg dtg, bolehlah rehat2, duduk2 kat situ. Terutamanya orang yg menjaga booth Kijang ni. Yang kat belakang tu pulak, takkan tak kenal.. tu la baju kurung & t-shirt blok Kijang. mana yang ada, yang tu saja, sempat kami cari dan pamerkan. sekurang2nya, ada yang baru tahu.. "ooo...baju kurung Kijang rupanya..".. tp ada jg suara nakal yg usik "kak, nak jual baju ke..?''..hampeh..hehe..

ha, ni tahu tak apa kebenda ni..? ni bukan buku sebarangan buku ye.. ni la buku post mortem... sebenanrnya banyak lagi, tp yang mana terbaru je, kami letakkan kat situ. Nampak je macam tu, tapi tebalnya mengalah novel yg biasa budak2 Kijang baca..hehe..berat la nak angkut ke bawah. TNC siap cakap lagi " macam nak buat thesis"..haha..ye la, tebal...bak kata PB Napuh "perlu ke tebal2..?tengok macam kami punya. cepat dan mesra.." ntah pape la dorg ni..tp mmg pun, yg diorang punya nipis je...yg kita tebal..

ha, ni nampak tak..? tahu tak apa ni..? ni lah buku pelawat. memang disediakan untuk sape2 yg singgah booth Kijang supaya tinggalkan jejak mereka kat buku tu. bukan tinggalkan jejak tapak kaki ye..just sign kat buku tu. Sekurang2nya, untuk akan datang, terutamanya utk adik2 , mereka tahu siapa yg pernah lawat pameran Kijang ni..

ni saja je..gambar dekat. cantik tak hiasan kat buku tu. sebenarnya, buku u asalnya tak ada lah lawa sebegitu. Yang jadi tukang hias-menghias buku tu sampai jadi cantik, menarik, dan buat org tertarik tu adalah kak cik ngan ma. fuh, free je dpt publisiti kat sini kan, kak cik..? hehe.. saja nk promote..

ni satu lagi, gambar yg dekat..kalau nk tengok dgn lebih dekat & nak pegang, silalah ke RN..ada kt situ..hehe..

ni signature TNC..nampak tak..?saja nak fokus dekat2..

"saya putar, Halim! Wang besar..wang besar..!"

~antara dialog org yg nak main benda alah ni. Ni namanya Roda Impian Kijang. Cantik kan..?hehe.. tengoklah sape yg tukang menghias roda ni..dari asalnya sbg penyodok sampah (org tak pandang pun) sampailah jadi Roda Impian Kijang (tak putus2 org datang nak main)..yang handle hias roda ni, awin.. byk jg lah hadiah yang ditawarkan.. eg : gula2, kek apollo, dll..untuk suka2 + nak promote booth Kijang..

yang ni, kalau sape2 warga blok Kijang yg tak tahu ni, boleh di arah keluar dr blok ni..

ye la, nilah lagu kebangsaan Kijang.. kebangsaan ke..? haha.. sebenarnya, lagu blok Kijang ~ Puteri Kijang..ni semua hasil kerja warga blok Kijang dlm menghias dan membuatnya..

gambar ni diambil masa semester lepas, mengikut aras..

kat bawah ni pulak, gambar yg sempat di ambil...nak ambil semua warga blok, tak ada yang kebetulan..

qilah, misah & ieda

qilah, zaa & misah

.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.

macam mana..? puas hati tak ngan gambar2 kat atas..? maaflah, yg mana tak ada dlm gambar.. sebenarnya, dr kamera henset sendiri, tu yg agak terbatas sket..lepas ni, ada lagi gambar2 yang menarik nak di kongsi dan cerita2 yang panas lagi hangat..hehe..gambar waktu Sultan Selangor datang, tak masuk lagi..tunggu entry seterusnya ya..

~majulah bersama Kijang~

.:: Have A Nice Day ::.

Sunday, July 27, 2008

Hotspot ke 'hot' menunggu..?

Assalamualaikum...pembuka bicara..

~ Rabu, 23 Julai 2008 ~

Notis pemberitahuan ttg ambil no. id untuk penggunaan HOTSPOT ditampal... dlm notis tu, ada tulis pukul 9 mlm akan bermula sesi taklimat & ambil no. id... yang sedih nya, punya lah awal warga KOSASS exspecially warga blok Kijang la kan pergi ke Dewan Harmoni, K5 nak ambil no. id tu.. sesak dgn manusia kat sana sbb masing2 nak ambil & nak balik awal..tunggu punya tunggu, dekat pukul 11, barulah dapat..

yang hairannya, pembahagian no. id tu, langsung tak sistematik. bukan sy sorg yg cakap, ramai yg lain merungut. Ye la, kaunter ada dua, pulak tu divide org yang nak ambil no. id tu ikut turutan nama. Nama yang bermula huruf A sampai M, kaunter pertama. Nama yang start huruf N sampailah Z, kaunter kedua.

Makluman ye, bukan KOSASS je yg ada kat dewan tu, tp kolej lain pun ada, termasuklah, K5(tuan rumah~selaku peminjam dewan..)... Skrg kita pun tahu kan, nisbah mahasiswa perempuan dgn mahasiswa lelaki teramatlah berbeza.. banyak perempuan dari lelaki. Termasuklah, warga KOSASS skrg. So, dah nama pun perempuan ramai, so, kebarangkalian nama yang bermula dgn huruf 'N' mestilah tinggi brbanding huruf 'M', kan..? Jadi, akibatnya, barisan antara kedua2 kaunter x balance..

Sambil melayan kebosanan menunggu, sempat jg posing ngan warga blok Kijang, ambil gambar.. at least, boleh letak kat sini..hehe..

kesibukan dalam mencari arah ~ haha ~



ramai tak..? tu baju t-shirt KOSASS yang terbaru.. yang Kijang punya, tak siap lagi, baru lepas anta design baju..

peace !
( dari kiri : maa, zaa, anis, ila, awin )


say cheese!

(dari kiri : misah, jihan, qilah, maa, lisa )



( dari kiri : kak nira, rumate lisa (hehe..lupa lak nama dia, budak junior..), awin, misah, ila )






siap dah buat group..borak2 & lepak atas lantai, sambil tunggu..

jeng..jeng...hehe..gambar candid ni..kikik..

p/s :letih sgt ~ smpai tertidur..ntah2 siap mimpi..hehe..

Monday, July 21, 2008

warga baru blok Kijang 2008



seramai 29 orang pelajar baharu semester pertama 2008/2009 telah mendaftar masuk ke blok Kijang..


Sunday, July 20, 2008

Salam pembuka bicara...

Assalamualaikum wbt..
Segala puji bagi Allah kerana dgn limpah kurniaNya, mengizinkan blog ini wujud..hehe..syukur alkhamdulillah..actually ni idea spontan yg tetiba keluar waktu kami (warga blok Kijang sesi 2008/2009) berborak...ini semua ilham dari Allah, dan saya (jua rakan2 lain) hanya cuba dan berusaha untuk mewujudkannya..objektif utama blog "muntjac" ni adalah untuk meng'update' berita2 terbaru atau laporan2 aktiviti di blok Kijang...friendster blok Kijang dh ada..so, blog blok Kijang pulak..

Ini hanyalah untuk introduction kepada blog ini. Kepada siapa2 yang terbuka laman blog ni, terutamanya warga blok Kijang, bolehlah sebarkan tentang kewujudan ia pada teman2 anda..hehe..skema pulak ayatnya..

InsyaAllah, blog ini akan dikendalikan oleh saya dan seorang rakan lagi. Pada siapa2 yang teringin join kami dalam usaha memeriahkan dan menceriakan blog ini, amatlah dialu2kan. Usaha dan sokongan anda terutamanya warga blok Kijang, tak kira la, yang dah grad ke, yg masih kat Kijang ke, amat2lah kami harapkan..

sekarang, sudah masuk minggu yang ketiga semester 2008/2009..kalau untuk aktiviti kolej sudah banyak dijayakan termasuklah Mesra-Mesra KOSASS (MMK). Adik2 junior yang memasuki KOSASS tahun ni, semuanya yang ROTU. Tak ada lagi, civilian..kecuali mereka2 yang masuk ROTU, tp kluar baris. Seramai 29 orang junior yang menetap di blok Kijang, semuanya malay. Untuk masa ini, junior2 masih dalam sesi perkenalan dengan warga blok terutamanya senior2 (2nd dan ke atas).

Sampai setakat ini sahaja untuk salam pembuka bicara blog ini. Lain hari, insyaAllah, akan ada entry2 yg baru. Wassalam.